https://sippbarjas.tasikmalayakota.go.id/extra/demo-pg/ https://camatbarat.padangpanjang.go.id/admin/sgacor-4d/ https://cool.unida.ac.id/auth/s-pulsa/ https://jkv.co.id/assets/images/s-dana/ https://kursusvmlepkom.gunadarma.ac.id/notes/bet-200-gacor/ https://pengaduan.dgip.go.id/data/sdemo/ https://e-surat.faperta.unmul.ac.id/assets/s-thai/ Soalan Lazim – Laman Web Rasmi Jabatan Biokeselamatan

Soalan Lazim

Biokeselamatan ialah istilah yang digunakan untuk menggambarkan usaha-usaha bagi mengurangkan dan menyingkirkan risiko yang berpotensi terhasil daripada penggunaan bioteknologi moden atau organisma hidup yang diubah suai (Living Modified Organism, LMO) dan hasilannya supaya ia selamat kepada kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan, alam sekitar dan kepelbagaian biologi.

Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678] digubal untuk menubuhkan Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan untuk mengawalselia aktiviti-aktiviti pelepasan, pengimportan dan kegunaan organisma hidup yang diubahsuai dan produk-produk sedemikian,  dengan tujuan melindungi kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan, alam sekitar dan kepelbagaian biologi.

Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK) dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian  Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Ahli-ahli terdiri daripada wakil Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA), Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan 4 orang pakar dalam bidang biokeselamatan. Ketua Pengarah Jabatan Biokeselamatan berperanan sebagai Setiausaha LBK.
Peranan utama Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK) adalah membuat keputusan untuk semua permohonan dan memantau aktiviti-aktiviti berhubung dengan organisma hidup yang diubahsuai (LMO) dan hasilannya.

Pada masa sekarang, Jabatan Biokeselamatan (JBK) tidak mempunyai cawangan dan alamat JBK adalah:

Jabatan Biokeselamatan
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
Aras 4, Blok F11, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

 
Living Modified Organism (LMO) atau organisma hidup yang diubah suai adalah organisma hidup yang memiliki kombinasi baru bahan genetik yang diperoleh melalui penggunaan bioteknologi moden.
Sesuatu produk LMO dan bukan LMO tidak dapat dibezakan secara fizikal dan produk LMO hanya dapat dikesan melalui ujikaji makmal.
Tidak. Jabatan ini hanya mengeluarkan sijil kelulusan daripada Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan untuk permohonan aktiviti pelepasan dan R&D yang melibatkan LMO.
Seksyen 61 Akta Biokeselamatan 2007 mengkehendaki semua LMO dan hasilannya dilabelkan. Keperluan pelabelan itu adalah sebagai tambahan kepada mana-mana undang-undang bertulis yang lain. Pelabelan makanan yang mengandungi LMO atau hasilannya ini adalah tertakluk di bawah Akta Makanan 1983.
Pengesanan sesuatu produk LMO dapat dilakukan menerusi analisis protein menggunakan Rapid Test Kit dan kaedah Asid Deoksiribonukleik (DNA) melalui tindak balas rantai polimerase (PCR).
Analisis untuk mengesan LMO dijalankan oleh juruanalisis yang dilantik di bawah Seksyen 55 Akta Biokeselamatan 2007 di mana ketika ini ia dilaksanakan di Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia), MOSTI; Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), MOH; ​Makmal ​Keselamatan dan Kualiti Makanan (MKKM), MOH; dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
Sampel boleh dihantar ke Jabatan Biokeselamatan untuk mengetahui sama ada sesuatu produk itu LMO atau tidak. Jabatan Biokeselamatan akan menghantar sampel tersebut ke agensi yang telah dilantik untuk analisa pengesanan LMO.
Di peringkat global sebelum sesuatu LMO atau hasilannya boleh dikomersialkan maka ia perlu menjalani beberapa penilaian risiko bagi menjamin keselamatan terhadap kesihatan manusia, haiwan dan tumbuhan. Di Malaysia, pengawalseliaan LMO dan hasilannya dilaksanakan dengan adanya Akta Biokeselamatan 2007 untuk memastikan makanan dan produk yang mengandungi LMO selamat dimakan.
Salah satu tujuan penghasilan tanaman melalui bioteknologi moden adalah untuk meningkatkan hasil keluaran pertanian atau perladangan serta mengurangkan kos operasi pertanian atau perladangan seperti pembelian racun rumpai.
Dokumen panduan Biokeselamatan berkaitan penilaian risiko dan pengendalian LMO : Borang G
Jabatan Biokeselamatan tidak mengeluarkan permit pengimportan sesuatu produk LMO dan hasilannya. Permit import tersebut boleh diperolehi daripada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Semua produk LMO yang hendak diimport perlu mendapatkan kelulusan dari Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK). Pembangun teknologi hendaklah mengisi Borang C. Permohonanan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Biokeselamatan melalui pos atau serahan tangan ke alamat:

Ketua Pengarah
Jabatan Biokeselamatan
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
Aras 4, Blok F11, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia
1) Sekiranya mikroorganisma tersebut adalah LMO, maka ia perlu mendapatkan kelulusan daripada Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK) melalui Jabatan Biokeselamatan. Di samping itu, kelulusan bersama daripada agensi berikut juga diperlukan: 
i) Bahagian Kawalan Penyakit, MOH bagi mikroorganisma yang berkaitan dengan manusia;
ii)Jabatan Pertanian, MOA bagi mikroorganisma berkaitan dengan pertanian; dan
iii)Jabatan Perkhidmatan Veterinar, MOA bagi mikroorganisma berkaitan dengan haiwan. 

2) Sekiranya mikroorganisma tersebut tidak melibatkan LMO, maka hanya perlu menghubungi agensi yang berkaitan seperti perkara(1) di atas.
Tempoh proses permohonan melibatkan LMO untuk mendapatkan Kelulusan Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK) adalah seperti berikut:
1) Aktiviti pelepasan: Permohonan Kelulusan dalam tempoh 180 hari bekerja
2) Aktiviti kegunaan terkawal: Permohonan Pemberitahuan dalam tempoh 90 hari bekerja.
Permohonan berkaitan LMO bagi aktiviti kegunaan terkawal/permohonan Notifikasi, tiada bayaran yang dikenakan. Namun, bagi permohonan pelepasan LMO/ permohonan Kelulusan, sila rujuk di laman Perkhidmatan  untuk maklumat lanjut.
Individu/Organisasi yang membawa masuk LMO atau hasilannya yang belum mendapat kelulusan LBK akan dikenakan tindakan undang-undang berdasarkan Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678].
Hubungi Jawatankuasa Keinstitusian Biokeselamatan ( IBC) di institusi / syarikat masing-masing.
Institusi Tuan/Puan perlu mengisi Borang G  untuk pendaftaran IBC dan menghantarkan dokumen lengkap ke alamat:
Ketua Pengarah
Jabatan Biokeselamatan
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
Aras 4, Blok F11, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia
Untuk makluman, buat masa kini Jabatan Biokeselamatan tidak mengambil pelajar bagi latihan industri.

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support
ms_MYMS