Perubahan Maklumat IBC

Bagi IBC yang telah berdaftar dengan Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK), sebarang perubahan dalam butiran IBC daripada yang didaftarkan sebelum ini (cth. perubahan dalam keahlian, alamat IBC, dll.) mesti dimaklumkan kepada Jabatan Biokeselamatan melalui penyerahan Borang G1 (NBB/IBC/22/BORANG G(1) )

Proses Pendaftaran
Isikan Borang G1 (NBB/IBC/22/BORANG G(1)) dan serahkan borang yang telah diisi kepada yang berikut:
Ketua Pengarah
Jabatan Biokeselamatan
Aras 4, Blok F11, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
62000, Putrajaya

Sila simpan salinan borang pendaftaran anda.

Bayaran
Tiada bayaran untuk pendaftaran IBC

Borang dan dokumen yang berkaitan

a) Form G1 (NBB/IBC/22/FORM G(1)) 

b) Guidelines for Institutional Biosafety Comittees : Use of Living Modified Organisms and Related Materials

Penerangan:
Garis panduan ini memberikan kaedah menubuhkan IBC, peranan IBC and proses yang perlu diikuti semasa mendapat, mengguna, memindah, menyimpan ataupun melupuskan bahan LMO/rekombinan DNA. Ia juga memberikan penerangan tentang peraturan serta prosedur yang berkaitan. Maklumat lain yang boleh didapati dalam garis panduan ini adalah seperti tanggungjawab Biological Safety Officer (BSO) dan penyelidik, keahilan IBC, penerangan jenis-jenis penilaian yang perlu dijalankan oleh IBC, tindakan yang diperlukan untuk melaporkan kejadian, kecederaan dan juga maklumat yang lain.

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support
ms_MYMS