Pengenalan JPSE

Seksyen 35 Akta Biokeselamatan 2007 menetapkan bahawa pertimbangan dan pembuatan keputusan oleh Menteri dan Lembaga tidak hanya tertakluk kepada bukti saintifik di mana suatu keputusan masih boleh diambil walau kekurangan maklumat atau bukti saintifik mengenai kesan atau takat kesan buruk yang berpotensi dari LMO, dan boleh juga mengambil kira pertimbangan sosioekonomi.kids bounce house

Pada 15 Mac 2021, Mesyuarat LBK Bil. 2 Tahun 2021 telah bersetuju meluluskan penubuhan Jawatankuasa Sosioekonomi (JSE). Fungsi jawatan ini adalah untuk memberikan nasihat serta input kepada Menteri dan Lembaga dalam hal berkaitan sosioekonomi.

Lembaga telah melantik seorang pengerusi bagi mengetuai jawatankuasa ini dan 15 orang pakar sebagai anggota yang terdiri daripada pelbagai displin merangkumi undang-undang, ekonomi, budaya, sosiologi, kepenggunaan, agama dan kemanusiaan.

Memandangkan sosioekonomi adalah suatu aspek baharu dalam penelitian dan pertimbangan mengenai risiko LMO, JSE berdepan cabaran yang besar dalam menyediakan mekanisme penilaian yang bersesuaian.

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support
ms_MYMS