Pada tahun 2010, Lembaga Biokeselamatan telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Pengubahsuaian Genetik (GMAC) untuk memberikan nasihat saintifik, teknikal dan nasihat lain berkaitan biokeselamatan kepada Menteri atau Lembaga. Peranan jawatankuasa ini termasuklah dalam aspek pengenalpastian risiko berkaitan penggunaan LMO atau produk mengandungi LMO.