Perkongsian yang bermanfaat dari Dr. Mohana Anita dalam sesi webinar yang bertajuk- Penglibatan Jabatan Biokeselamatan dalam Konvensyen Biologi Diversiti- SBSTTA 24 dan SBI 3 telah diadakan secara atas talian pada 28 Julai 2021.
Webinar ini merupakan webinar yang pertama diadakan pada peringkat Jabatan dengan tujuan untuk meningkatkan aktiviti pembelajaran dan perkongsian maklumat dalam kalangan warga jabatan.
Selain itu, sesi webinar ini juga akan dianjurkan setiap minggu dan diisi dengan perkongsian-perkongsian yang menarik dari wakil-wakil seksyen.