Webinar Mingguan JBK SIRI 3: Keberkesanan dan Tanggungjawab Penggunaan Media Sosial untuk Keselamatan Komunikasi. Webinar ini telah selesai dijalankan pada 19 Ogos 2021 oleh Pn. Kayathri Panjavaranam dari Seksyen Penyelidikan dan Penilaian, JBK. Terima kasih diucapkan di atas kesudian dalam berkongsi ilmu dengan warga JBK.
Secara keseluruhannya, media sosial banyak memberi manfaat dan faedah kepada semua pengguna dengan syarat pengguna tidak menyalahgunakan laman media sosial ini untuk kepentingan lain.
Sepanjang perkongsian ilmu ini dijalankan terdapat banyak persoalan dan idea-idea dari warga jabatan dalam meningkatkan penggunaan media sosial untuk lebih dekat dengan orang ramai bagi menyampaikan maklumat.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua.
Tags: Activity-Recent