Permohonan Kelulusan Uji Kaji Lapangan – Laman Web Rasmi Jabatan Biokeselamatan

Permohonan Kelulusan Uji Kaji Lapangan

Permohonan Kelulusan Untuk Uji Kaji Lapangan Melibatkan Organisma Hidup Yang Diubah Suai (LMO)

Semua uji kaji lapangan yang melibatkan organisma hidup yang diubah suai (LMO) untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan perlu mendapatkan Sijil Kelulusan daripada Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan sebelum memulakan aktiviti. Uji kaji lapangan adalah satu aktiviti pelepasan kerana melibatkan pengenalan LMO secara sengaja ke dalam alam sekitar.

 Proses Kelulusan

 Fi 
 Fi yang dikenakan bergantung kepada saiz tapak uji kaji lapangan

SAIZ TAPAK UJI KAJI LAPANGANFI (RM)
Kurang daripada 5 ha100
5 ha – 10 ha250
Lebih daripada 10 ha500

Kaedah pembayaran adalah dengan menggunakan kiriman wang ataupun draf bank di bawah nama Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dan dihantar bersama dengan borang permohonan.

Keputusan Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK)
Maklumat lanjut tentang keputusan boleh diperoleh di sini.

Borang Permohonan Kelulusan
a) Borang A (Approval for Release Activities of LMO (Research and Development Purposes in All Field Experiments) or Importation of LMO that is Higher Plant)
Penerangan:
Borang ini digunakan untuk menjalankan uji kaji lapangan yang melibatkan organisma hidup yang diubah suai (LMO) yang terdiri daripada tumbuhan peringkat tinggi. LMO tumbuhan tersebut boleh diimport ataupun dihasilkan di dalam negara untuk digunakan sebagai bahan uji kaji lapangan.

b) Borang B (Approval for Release Activities of LMO (Research and Development Purposes in All Field Experiments) or Importation of LMO other than Higher Plants)
Penerangan:
Borang ini digunakan untuk menjalankan uji kaji lapangan yang melibatkan organisma hidup yang diubah suai (LMO) yang bukan terdiri daripada tumbuhan peringkat tinggi. LMO tersebut boleh diimport ataupun dihasilkan di dalam negara untuk digunakan sebagai bahan uji kaji lapangan.

c) Annex 2 (IBC Assessment of Project Proposal Involving Modern Biotechnology Activities)
Penerangan:
Borang ini perlu digunakan semasa IBC membuat penilaian aktviti ujikaji lapangan sebelum penghantaran borang permohonan kelulusan kepada Jabatan Biokeselamatan.

d) Garis Panduan Ujikaji Lapangan Terkawal LMO
Penerangan:

Memberikan penyelidik tatacara pengendalian uji kaji lapangan terkawal untuk tumbuhan diubah suai supaya mematuhi keperluan peraturan biokeselamatan.

e) Garis Panduan Penilaian Risiko Alam Sekitar Tumbuhan GM di Malaysia
Penerangan:
Memberikan panduan penilaian risiko tumbuhan diubah suai (GM) terhadap alam sekitar (ERA) di Malaysia. Ia meliputi aplikasi ERA untuk penanaman tumbuhan GM, serta pengimportan makanan dan pemakanan haiwan yang menggunakan tumbuhan GM ataupun produk yang dihasilkan daripada tumbuhan GM.

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support
ms_MYMS