PERMOHONAN KELULUSAN UNTUK PELEPASAN ORGANISMA HIDUP YANG DIUBAH SUAI (LMO) SERTA PRODUK LMO
(SELAIN DARIPADA UJI KAJI LAPANGAN)

Semua aktiviti pelepasan yang melibatkan organisma diubah suai (LMO) serta produk LMO perlu mendapatkan perlu mendapatkan Sijil Kelulusan daripada Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan sebelum memulakan aktiviti. Aktiviti pelepasan adalan pengenalan LMO dan produk LMO secara sengaja ked alam alam sekitar.
Selain daripada uji kaji lapangan, aktiviti lain yang dikira sebagai aktiviti pelepasan adalah seperti berikut:
- Pembekalan atau tawaran untuk membekalkan bagi penjualan atau meletakkan dalam pasaran
- Tawaran sebagai hadiah, hadiah kemenangan atau barang percuma
- Kelupusan
- Maksud pemulihan
- Apa-apa aktiviti lain yang dijalankan dengan cara pengendalian yang tidak menghalang sentuhan atau kesan organisma hidup ataupun produk tersebut kepada alam sekitar luaran

Proses Kelulusan
 
Kandungan sedang dikemaskini.

Fi 
RM5000 untuk setiap permohonan

Kaedah pembayaran adalah dengan menggunakan kiriman wang ataupun draf bank di bawah nama Ketua Setiausaha, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dan dihantar bersama dengan borang permohonan. 

Borang dan Dokumen yang Berkaitan
a) Form C  (Approval for Release Activities (Second Schedule 2-6) or Importation of LMO that is a Higher Plant and Product of such Organism)
Penerangan:
Borang ini digunakan untuk menjalankan aktiviti pelepasan yang melibatkan organisma hidup yang diubah suai (LMO) yang terdiri daripada tumbuhan peringkat tinggi serta produk tumbuhan LMO. LMO tumbuhan dan produk tumbuhan LMO tersebut boleh diimport untuk aktiviti pelepasan ataupun dihasilkan di dalam negara untuk tujuan aktiviti pelepasan.
 
b)Form D (Approval for Release Activities (Second Schedule 2-6) of LMO other than a Higher Plant and Product of such Organism)
Penerangan:
Borang ini digunakan untuk menjalankan aktiviti pelepasan yang melibatkan organisma hidup yang diubah suai (LMO) yang bukan terdiri daripada tumbuhan peringkat tingg serta produk LMOi. LMO dan produk LMO tersebut boleh diimport untuk aktiviti pelepasan ataupun dihasilkan di dalam negara untuk tujuan aktiviti pelepasan.