PEMBERITAHUAN AKTIVITI ORGANISMA HIDUP YANG DIUBAH SUAI (LMO) DALAM KEGUNAAN TERKAWAL

Pemberitahuan perlu dihantar untuk semua aktiviti kegunaan terkawal yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup (LMO). Aktiviti kegunaan terkawal dijalankan dalam sesuatu struktur kemudahan, pemasangan atau struktur fizikal lain yang menghalang sentuhan dan kesan LMO kepada alam sekitar luaran. Tujuan aktiviti kegunaan terkawal merangkumi penyelidikan dan pembangunan, operasi pengeluaran, pengilangan serta penyimpanan.

LMO yang digunakan dalam aktiviti kegunaan terkawal boleh diimport ataupun dihasilkan di dalam negara. Pemberitahuan perlu dihantar bagi setiap tahap biokeselamatan (Tahap Biokeselamatan 1, 2, 3 dan 4) premis yang digunakan.
Sekiranya aktiviti kegunaan terkawal adalah untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan, IBC pemohon perlu menilai serta meluluskan borang tersebut dengan penghantaran borang Annex 2 (IBC Assessment of Project Proposal Involving Modern Biotechnology Activities).
Aktiviti kegunaan terkawal boleh bermula setelah mendapat surat pengakuterimaan daripada Ketua Pengarah Biokeselamatan. Walau bagaimanapun, Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan boleh mengenakan terma dan syarat seperti yang diperlukan setelah mempertimbangan pemberitahuan tersebut.

Proses Pemberitahuan
 Kandungan sedang dikemaskini.

Fi 
Tiada pembayaran fi

Borang dan dokumen yang berkaitan              
a)Form E (Notification for Contained Use and Import for Contained Use Activities Involving LMO for Biosafety Levels 1, 2, 3 and 4) 

Penerangan:
· Borang ini digunakan untuk aktivit kegunaan terkawal yang melibatkan LMO
· LMO yang digunakan dalam aktiviti kegunaan terkawal boleh diimport ataupun dihasilkan di dalam negara.
· Semua kelas tahap biokeselamatan (Tahap Biokeselamatan 1, 2, 3 dan 4) dirangkumi dalam borang ini
· Sekiranya aktiviti kegunaan terkawal adalah untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan, IBC pemohon perlu menilai serta meluluskan borang tersebut dengan penghantaran borang Annex 2 (IBC Assessment of Project Proposal Involving Modern Biotechnology Activities).

b) ContohForm E yang lengkap diisi
Penerangan:
Ini adalah contoh Borang E yang telah lengkap disi dan boleh digunakan sebagai panduan mengisi borang untuk pemohon.

c)Annex 2 (IBC Assessment of Project Proposal Involving Modern Biotechnology Activities)
Penerangan:
Borang ini perlu digunakan semasa aktiviti kegunaan terkawal adalah tujuan penyelidikan dan pembangunan. IBC perlu membuat penilaian aktviti kegunaan terkawal penghantaran borang pemberitahuan kepada Jabatan Biokeselamatan.

d)
Garis Panduan Aktiviti Kegunaan Terkawal LMO
Penerangan:
Garis panduan ini memberikan butiran tahap biokeselamatan untuk kegunaan terkawal, cara pengendalian jenis LMO yang berlainan dengan cara yang selamat, rawatan bahan buangan biologi yang berbahaya, pembuangan LMO dan sisa bahan buangan, pemindahan dan cara mengangkut LMO dan bahan yang berkaitan serta penyimpanan LMO dan bahan yang berkaitan. Garis panduan ini boleh digunapakai untuk semua aktiviti penyelidikan dan pembangunan bioteknologi moden yang dijalankan dalam makmal Kerajaan serta bukan Kerajaan,ataupun oleh individu yang terlibat dalam aktiviti tersebut. Ia juga memberikan keperluan minima untuk menubuhan struktur kemudahan utnuk menjalankan aktiviti kegunaan terkawal LMO, serta mengenalpasti keperluan peralatan untuk tahap Biokeselamatan yang berbeza.