Jabatan Biokeselamatan komited untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dengan memastikan kecekapan pelaksanaan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:

  1. Semua pertanyaan/kemusykilan berhubung perkhidmatan jabatan akan diambil tindakan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh pertanyaan dikemukakan;
  2. mengeluarkan surat keputusan Mesyuarat Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK) kepada pemohon dalam tempoh 5 hari bekerja; dan
  3. mengeluarkan surat pengakuterimaan bagi permohonan aktiviti kegunaan  terkawal dalam tempoh 14 hari bekerja.