1. Untuk melaksanakan obligasi negara di bawah Cartagena Protocol on Biosafety to the Convention on Biological Diversity.
  2. Untuk menilai permohonan-permohonan pelepasan, pengimportan, pengeksportan dan kegunaan terkawal organisma hidup yang diubah suai, dan pelepasan hasilan organisma sedemikian.
  3. Untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan di bawah Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678].
  4. Untuk memberi khidmat nasihat ke atas pengendalian organisma hidup yang diubah suai.
  5. Untuk meningkatkan kesedaran awam berhubung dengan peranan biokeselamatan terhadap kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan, alam sekitar dan kepelbagaian biologi. 
  6. Untuk menggalakkan aktiviti penyelidikan, pembangunan, pendidikan dan latihan yang berkaitan dengan biokeselamatan.