Seksyen Penilaian dan Penyelidikan (SNP)
Objektif

  1. Mengurus dan memastikan penilaian permohonan  kelulusan pelepasan untuk aktiviti-aktiviti berkaitan organisma hidup yang diubahsuai (Living Modified Organism - LMO) dilaksanakan;
  2. mengurus dan memastikan penilaian permohonan pemberitahuan untuk aktiviti-aktiviti berkaitan organisma hidup yang diubahsuai (Living Modified Organism - LMO) bagi kegunaan terkawal dan pengeksportannya dilaksanakan;
  3. mengurus aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (Research and Development, R&D) berkaitan Biokeselamatan;
  4. mengurus, merancang dan melaksanakan aktiviti komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam (Comunication, Education & Public Awareness, CEPA) berkaitan Biokeselamatan; 
  5. memberi input teknikal untuk isu-isu berkaitan Biokeselamatan; dan
  6. menguruskan pelantikan ahli Jawatan Kuasa Penasihat Pengubahsuaian Genetik (GMAC) di bawah Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678].
Seksyen Penguatkuasaan dan Pemantauan (SPP)
Objektif
  1. Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti penguatkuasaan di pintu-pintu masuk negara dan di premis;
  2. menjalankan pemantauan pematuhan terhadap Terma dan Syarat kelulusan Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK) di makmal/premis penyelidikan dan kawasan uji kaji lapangan serta aktiviti pengesanan LMO di pasaran;
  3. menyelaras pindaan Akta dan penyediaan Peraturan/Garis Panduan baru berkaitan penguatkuasaan;
  4. menjalankan siasatan ke atas kesalahan di bawah Akta Biokeselamatan 2007 serta menguruskan kes-kes pendakwaan; dan
  5. menguruskan pelantikan pegawai penguat kuasa dan juruanalisis di bawah Akta Biokeselamatan 2007.
Seksyen Korporat dan Pengurusan (SKP)
Objektif
  1. Memberi khidmat sokongan dan menjadi permudah cara kepada Seksyen lain di Jabatan;
  2. memastikan segala aspek keselamatan yang merangkumi seluruh kakitangan Jabatan, dokumen/maklumat dan harta-benda Kerajaan sentiasa terpelihara dan terjamin;
  3. mengurus peruntukan kewangan mengurus dan pembangunan untuk semua program dan aktiviti bagi mencapai visi dan misi Jabatan dan mewujudkan pengurusan kewangan yang cekap;
  4. merancang dan mengurus perolehan bekalan dan perkhidmatan mengikut tatacara perolehan dan kewangan semasa;
  5. mengurus dan memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan agar berjalan lancar mengikut tempoh masa yang ditetapkan;
  6. menyelaras dan mengemas kini maklumat pelaksanaan projek-projek Jabatan di dalam Sistem Pemantauan Projek (SPPII);
  7. menguruskan dan menyelaras perkara-perkara berkaitan sumber manusia;
  8. menyelaras dan menguruskan keperluan bagi pembangunan kapasiti kakitangan Jabatan;
  9. menyelaras pertanyaan dan aduan berhubung isu-isu yang melibatkan Jabatan dan biokeselamatan;
  10. mengurus dan melaksanakan promosi dan publisiti Jabatan dan khidmat perhubungan awam;
  11. menyelaras isu-isu berkaitan integriti di Jabatan; dan
  12. menyelaras keperluan serta mempertingkatkan kecekapan pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology -ICT).
Unit Integriti
Objektif
  1. Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan integriti di Jabatan supaya inisiatif-inisiatif penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku dan tindakan punitif dapat dilaksanakan dengan cara yang lebih fokus, terancang, efisien, dan mencapai keberhasilan yang optimum.