Kami berazam untuk mengamalkan Kod Etika dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab berasaskan 5 prinsip dan teras berikut:

  1. Mengamalkan nilai-nilai murni sebagai budaya kerja;
  2. Mengamalkan nilai-nilai unggul profesionalisme di dalam perkhidmatan;
  3. Memegang teguh prinsip akauntabiliti dan kedaulatan undang-undang dalam tugas yang diamanahkan;
  4. Mengutamakan kepentingan pelanggan; dan
  5. Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran sepanjang hayat, bagi menegakkan pentadbiran yang bersih, cekap dan amanah ke arah perkhidmatan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.​