Jawatankuasa Keinstitusian Biokeselamatan (IBC) adalah sebuah jawatankuasa pakar formal yang ditubuhkan oleh sesebuah organisasi yang menjalankan aktiviti bioteknologi moden yang melibatkan penggunaan mana-mana bahan organisma hidup yang diubahsuai atau molekul DNA rekombinan (LMO / rDNA). Penubuhan IBC mematuhi Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678] dan Bahagian II Peraturan Biokeselamatan (Kelulusan dan Pemberitahuan) 2010. Sesebuah IBC mesti berdaftar dengan Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK).

Maklumat lanjut berkaitan IBC boleh didapati di sini.