1. Melaksana dan menguatkuasakan Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678];
  2. Menjadi urus setia kepada Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK);
  3. Menyediakan platform untuk konsultasi dengan pelbagai pihak dalam usaha menggubal dan mengemas kini dasar, undang-undang serta garis panduan berkaitan biokeselamatan;
  4. Menyelaras dan menyepadukan usaha-usaha yang diambil oleh agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan juga Negeri serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan pihak industri berkaitan isu biokeselamatan;
  5. Membina kerjasama strategik dengan agensi-agensi berkaitan di dalam dan di luar negara dalam bidang biokeselamatan;
  6. Menubuhkan mekanisme untuk memudahkan pengumpulan, penyimpanan dan penyebaran data yang berkaitan dengan biokeselamatan;
  7. Membantu Kerajaan memformulasikan pendirian negara tentang isu-isu biokeselamatan di forum-forum antarabangsa; dan
  8. Meningkatkan kesedaran awam terhadap biokeselamatan.