Setiap organisasi yang menjalankan kajian dan pembangunan bioteknologi moden perlu menubuhkan Jawatankuasa Keinstitusian Biokeselamatan (IBC) dan mendaftar dengan Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan. Penubuhan IBC mematuhi Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678] dan Bahagian II Peraturan Biokeselamatan (Kelulusan dan Pemberitahuan) 2010.
 
IBC akan memantau mana-mana kajian berkaitan organisma hidup yang diubah suai (Living Modified Organism atau LMO) atau teknik DNA rekombinan (rDNA) yang dijalankan atau ditaja oleh organisasi, tanpa mengira sumber kewangan.
 
Fungsi utama IBC adalah:
1.    Memberikan panduan bagi penggunaan bioteknologi moden dengan selamat
2.    Memantau aktiviti berkaitan dengan bioteknologi moden
3.    Mewujudkan dan mengawasi pelaksanaan dasar dan tatacara bagi pengendalian LMO dengan selamat dan pematuhan kepada apa-apa peraturan dan undang-undang Malaysia yang berkaitan import dan eksport, manusia, tumbuhan               dan kesihatan haiwan, alam sekitar dan biodiversiti.
4.    Menentukan kelas Tahap Biokeselamatan untuk premis yang menjalankan aktiviti kegunaan terkawal bioteknologi moden
 
Sila rujuk Guidelines for Institutional Biosafety Comittees : Use of Living Modified Organisms and Related Materials  yang diterbitkan oleh Jabatan Biokeselamatan bagi butiran lanjut tentang IBC.