https://bkd-nonsertifikasi.uinmataram.ac.id/resources/css/ https://bphtb.bandungkab.go.id/media/js/gacor/ https://lms.ikopin.ac.id/search/tests/ https://hitungcepat.sumbawakab.go.id/system/product/ https://rsudbnh.lampungprov.go.id/assets/js/ https://digilib.stas.ac.id/files/ slot demo anti lag Perutusan Ketua Pengarah – Laman Web Rasmi Jabatan Biokeselamatan

Perutusan Ketua Pengarah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang dan terima kasih kerana melayari laman web rasmi Jabatan Biokeselamatan.

Protokol Cartagena mengenai Biokeselamatan adalah perjanjian antarabangsa yang mengawal selia pergerakan organisma hidup yang  diubah suai (living modified organism – LMO) merentas sempadan.

Ia telah diterima pakai pada 29 Januari 2000 sebagai perjanjian tambahan kepada Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) dan mula berkuatkuasa pada 11 September 2003. Malaysia adalah Parti kepada CBD sejak 1994 dan Protokol Cartagena mengenai Biokeselamatan sejak tahun 2003.

Jabatan Biokeselamatan (JBK) ditubuhkan pada tahun 2010, iaitu tiga tahun selepas Akta Biokeselamatan [Akta 678] digubal dan diluluskan oleh Parlimen pada tahun 2007. Dua fungsi penting JBK adalah untuk menilai permohonan-permohonan pelepasan, pengimportan, pengeksportan dan kegunaan terkawal LMO, dan pelepasan hasilan organisma sedemikian; serta untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan di bawah Akta.

Laman web ini memaparkan peranan penting JBK terutamanya sebagai pusat rujukan utama untuk mengawalselia pelepasan, pengimportan, pengeksportan dan kegunaan terkawal LMO dan pelepasan hasilan organisma sedemikian dengan tujuan melindungi kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan, alam sekitar dan kepelbagaian biologi. Sumber maklumat kami yang berwibawa dan terkini mengenai dasar, statistik, penerbitan dan aktiviti juga merupakan maklumat yang dipaparkan dalam laman web ini.

Selaras dengan matlamat kami untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai biokeselamatan, laman maya ini memberikan ruang kepada rakyat untuk meningkatkan pengetahuan dan menyampaikan cadangan dan maklum balas mereka. Selain itu, pelawat dapat mencari pautan yang berguna seperti portal Biosafety Clearing House (Portal BCH), pautan laman web Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dan agensi kerajaan utama serta halaman media sosial rasmi kami.

Terima kasih.

Dr. Azalia binti Mohamed
Ketua Pengarah
Jabatan Biokeselamatan

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support
ms_MYMS